Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu Najip Ali: Hafiz...

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dilihat cukup terkesan dengan isu kontroversi...

Wanita Afghanistan Bantah, Kutuk...

KABUL : Golongan wanita Afghanistan mengutuk dan membantah peraturan dikenakan oleh kerajaan Taliban...

Nak Kurus Cepat, Jom...

KECANTIKAN dan tubuh badan langsing aktres Korea Selatan sememangnya dikagumi peminat setia mereka. Sebagai...

Murid Tahun Satu Ditemui...

KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun satu ditemui lemas selepas terjatuh dalam sebuah...

Janji Ingin Berkahwin, Jururawat Ditipu RM134,000

Muar : Akibat terpedaya janji manis untuk mengahwininya, seorang jururawat berputih mata apabila mendakwa kerugian RM134,000 selepas ditipu lelaki baru dikenali beberapa minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jururawat berusia 40 tahun itu berkenalan dengan suspek dipercayai warga Indonesia melalui Facebook dan mereka kerap berhubung melalui telefon.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata dalam perkenalan itu, suspek turut berjanji mengahwini mangsa.

Beliau berkata, selepas berkenalan, suspek memberitahu mangsa mahu meminjam sejumlah wang untuk membeli tiket kapal terbang ke Malaysia kerana ibunya jatuh sakit.

“Suspek berjanji mahu membayar balik wang dipinjamkan selepas pulang ke Malaysia. Atas kepercayaan itu, mangsa telah meminjamkan wang sebanyak RM300.


“Selepas itu, suspek menyatakan hasrat mahu mengahwini mangsa selepas pulang ke Malaysia dan akan memindahkan sejumlah wang RM134,000 kepadanya untuk perbelanjaan termasuk majlis perkahwinan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, suspek juga meminta mangsa membuat beberapa bayaran untuk pelepasan cukai.

“Mangsa kemudian membuat tujuh transaksi bayaran berjumlah RM8,820 ke akaun bank sama. Selepas membuat bayaran itu, mangsa membuat semakan akaun bank mendapati tiada wang berjumlah RM134,000 dimasukkan seperti mana dijanjikan sebelum membuat laporan polis.

“Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana masih ada lagi individu percaya dengan melayan ‘scammer’ menerusi modus operandi sama,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori