Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mona Sedia Bertemu Empat...

PRAMUGARI yang didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan Shahir Zawawi dan Erra Fazira berkata...

Pemuda Setubuh Keldai Sebagai...

JOHANNESBURG - Ntando Thembalethu Mankungwini, seorang pemuda berumur 23 tahun dijatuhi hukuman penjara...

Akaun Disita: TPM Puas...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpuas hati...

Israel Lakukan Jenayah Peperangan...

BAITULMAQDIS - Sebuah kumpulan hak asasi manusia antarabangsa hari ini mendapati Israel melakukan...

Kabinet Tidak Bincang PAS Sertai Kerajaan Perpaduan – Kor Ming

SABAK BERNAM – Kabinet tidak pernah mengadakan perbincangan dan sebarang bentuk tawaran kepada Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, kenyataan dikeluarkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang jelas tidak tepat.

“Saya sahkan kabinet tidak pernah bincang dan tidak ada seorang pun pemimpin senior kerajaan pernah menawarkan atau menjemput Pas untuk menyertai (Kerajaan Perpaduan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Pasar Awam Sekinchan di sini pada Rabu.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP berkata, perkara itu juga sebelum ini dinafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.


“Saya tidak tahu Haji (Abdul) Hadi dapat cerita dongeng (Pas dipelawa sertai Kerajaan Perpaduan) ini dari mana?,” ujarnya.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, terdapat pihak hubungi beliau yang menjemput Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

Presiden Pas itu mendakwa, tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti itu tidak sebanyak Pas.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori