Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jakim Peruntuk RM468 Juta...

ALOR SETAR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntuk RM468 juta tahun ini...

Siasat Dalang Rakam Aksi...

BAPA Nur Dhabitah Sabri mahu Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) menyiasat serta mengambil...

Wan Raja, Isteri Hampir...

Siapa sangka, hanya kerana bergelar selebriti, pelakon Wan Raja dan isteri, Yaya Maembong...

Tak Sangka Menang Anugerah,...

TIDAK sangka dirinya dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Watak Utama Terbaik pada kemuncak Anugerah...

Kapal MT Pablo Tidak Selamat Dinaiki, 3 Kru Belum Ditemukan

Johor Bahru : Kapal tangki MT Pablo yang terbakar kira-kira 50 peratus di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili, Kota Tinggi kelmarin masih belum selamat untuk dinaiki.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Maritim Malaysia Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, keputusan itu dibuat selepas penilaian tahap keselamatan kapal berkenaan dilakukan, pagi tadi.

“Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak Jabatan Laut Malaysia sudah membuat penilaian tahap keselamatan kapal MT Pablo pagi tadi dengan menaiki pesawat AW139, namun kapal MT Pablo masih belum selamat untuk dinaiki.

“Pencarian masuk hari ketiga, namun tiga Kru Kapal MT Pablo yang terbakar masih belum ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, kawasan pencarian mangsa yang hilang dibahagikan kepada tujuh sektor dengan keseluruhan keluasan 371 batu nautika persegi.

“Ia membabitkan sebuah aset udara AW139 milik Maritim Malaysia bersama dua buah bot ronda Maritim Malaysia, dua buah kapal dan sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia, sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin dan dua buah kapal dari Jabatan Laut Malaysia,” katanya.


Semalam, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dilaporkan berkata, tiga kru yang masih hilang membabitkan dua warga India iaitu Satyam Tripathi, 26, dan Dinesh Kumar Chauchan, 34, dan warga Ukraine Sabit Shenderovsky, 37.

“Ada kemungkinan ketiga-tiga kru masih berada di atas kapal berkenaan, namun pasukan SAR tidak dapat menaiki kapal tangki itu setakat ini berikutan keadaan masih berbahaya dengan asap yang tebal,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan, tiga kru hilang dalam kebakaran sebuah kapal tangki di kedudukan 37.5 Batu nautika timur laut di Tanjung Sedili dekat Kota Tinggi.

Seramai 25 kru MT Pablo berjaya diselamatkan dengan bantuan dua kapal yang berada berhampiran lokasi kejadian.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori