Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lepas Roti Canai, Kini...

SEJAK dua menjak ini, sering kita tengok di media sosial ramai yang melahirkan...

Mungkin Kerah Tentera Jika...

KHIDMAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin akan digunakan sekiranya kerajaan melihat pematuhan terhadap...

Bekas Murid Belanja 65...

JAKARTA - Pengetua Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 1 Pekalongan yang hanya mahu...

Bumbung Masjid Beralih, Siling...

KIRA-KIRA 50 jemaah Subuh lari meninggalkan ruang solat apabila siling Masjid Bandar Springhill,...

Kapal Tangki Terbakar: Tiga Hilang, 25 Kru Selamat

KOTA TINGGI – Tiga hilang manakala 25 kru lagi selamat selepas sebuah kapal tangki asing terbakar pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut di Tanjung Sedili dekat sini pada Isnin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian itu pada jam 4 petang.

“Kapal tangki yang berdaftar dari Gabon, Afrika itu dilaporkan dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura bersama 28 kru kapal.

“Susulan itu sebuah bot ronda Maritim Malaysia PETIR 12 telah diatur gerak ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan dua kru kapal tangki tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Beliau berkata, seramai 23 kru lagi berjaya diselamatkan oleh dua kapal berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, baki tiga lagi kru dilaporkan masih hilang dan identiti mereka sedang dikenal pasti manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori