Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

Zahid Gesa Rakyat Kerjasama...

SEREMBAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat...

Gas Ammonia Bocor :...

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengarahkan sebuah kilang ais, yang terletak bersebelahan Sekolah...

Lebih 5,000kg Ikan Dirampas,...

KUANTAN - Polis Marin Wilayah Tiga merampas lebih 5,000 kilogram pelbagai jenis ikan...

Bieber Beri Kejutan Kepada...

Penyanyi remaja kegilaan ramai, Justin Bierber beri kejutan kepada peminat-peminat selepas dia membuat...

Kementerian Pengangkutan Akan Naik Taraf Unit Logistik – Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menaik taraf Unit Logistik di bawah Bahagian Dasar, kepada Bahagian Logistik bagi memudahkan penyelesaian isu dalam sektor berkenaan secara berkesan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya Anthony Loke berkata dengan adanya bahagian baharu itu, beliau berharap ia akan mewujudkan sistem logistik efektif bagi menyokong perkembangan ekonomi Malaysia sebagai sebuah negara dagang.

Namun jelasnya, pewujudan bahagian itu perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kerana ia akan melibatkan perjawatan baharu.

“Setakat ini, Ketua Setiausaha Kementerian telah mengangkat cadangan itu kepada KPPA (baru-baru ini) dan kita mendapat makluman positif daripada beliau.


“Selepas ini, kertas pertimbangan akan diangkat untuk pertimbangan daripada pihak mereka (KPPA),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Ejen-Ejen Penghantaran dan Logistik Selangor (SFFLA), malam tadi.

Loke berkata logistik merupakan satu sektor yang besar merangkumi pelbagai bidang termasuklah penghantaran dan kenderaan berat.

“Jadi dengan adanya bahagian ini, maka semua isu (berbangkit) dapat diangkat melalui penggubalan dasar yang lebih komprehensif,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori