Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

28 Maut, Puluhan Terperangkap...

ISTANBUL : Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan puluhan lagi masih terperangkap di bawah...

PDRM Seru Salur Info...

JOHOR BAHRU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru kerjasama masyarakat agar menyalurkan maklumat...

Tiada Pembangunan Kalau Negara...

KUALA SELANGOR - Keupayaan Kerajaan Persekutuan menyediakan banyak pembangunan untuk rakyat adalah bukti...

Pelajar Reka Cerita Diculik,...

SUNGAI PETANI - Cerita kononnya seorang pelajar sekolah diculik di sini dua hari...

Khaled Jamin Pertahan Pengajian Melayu

BARU-BARU ini berlangsung Syarahan Za’ba bertajuk ‘Pemerkasaan Pengajian Melayu Untuk Pembinaan Negara dan Pengisian Tuntutan Globalisasi’ di Universiti Malaya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Saranan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung Pengajian Melayu dalam syarahan itu dengan ini dirujuk.

Pertama, beliau meminta supaya Pengajian Melayu diangkat menjadi bidang dan disiplin ilmu yang strategik dengan merombak struktur sedia ada.

Ini antara lain bermaksud Pendekatan Akademi Pengajian Melayu tidak seharusnya terhad kepada ahli akademik dan pencinta bahasa.

Sebaliknya pendekatan perlu lebih kepada pihak lain yang meletakkan disiplin ilmu ini sebagai rukun perjuangan.

Ia termasuklah dalam kalangan parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkaitan.

Saranan Menteri Pendidikan Tinggi bahawa Pengajian Melayu mesti menjadi bidang yang strategik dengan merombak struktur sedia ada juga sangat bertepatan.

Dalam mendepani arus globalisasi harus memahami serta mendalami keperluan dan kemampuan bangsa agar tidak ketinggalan.

Pengajian Melayu perlu mampu mengorak sebuah analisis SWOT dalam sebuah pengertian kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap bangsa.

Mungkin kerana itu Mohamed Khaled dalam saranan kedua beliau mahu Pengajian Melayu dilengkapkan dengan rangkaian sumbangan yang jelas dan terlihat kepada bangsa.

Strategik bermaksud Pengajian Melayu bukan sekadar sebuah pengajian, sebaliknya ia menjadi sebuah elemen yang penting dan memanfaatkan.

Seperti bidang kejuruteraan awam yang memanfaatkan pembinaan struktur, Pengajian Melayu mesti memanfaatkan pembinaan bangsa Melayu.


Selain mengerti jati diri, kajian yang secara langsung mampu mengangkat nilai Melayu di persada antarabangsa dari segi insaniah dan juga ekonomi

Ketiga, beliau menggesa supaya Pengajian Melayu dijadikan setara dengan bidang pengajian “Middle Eastern” atau “Chinese Studies”.

Gesaan beliau agar Pengajian Melayu setara dengan bidang pengajian “Middle Eastern” atau “Chinese Studies” bukan sesuatu yang mustahil.

National University of Singapore memiliki Jabatan Pengajian Melayu yang mengkaji sejarah, budaya, politik dan kemajuan Melayu.

Bangsa asing dari negara lain juga berminat mempelajari tentang Melayu sama ada di institusi di Malaysia atau di negara sendiri.

Sebab itu penulis bersetuju dengan pandangan Menteri Pendidikan Tinggi Pengajian Melayu mesti diangkat menjadi bidang yang strategik.

Termasuk membawa masuk cendekiawan terbaik bangsa, menyemak kembali kurikulum serta melatih bakat terbaik.

Sebenarnya memang sudah agak lama kita tidak mendengar sesuatu yang segar diperkatakan tentang Melayu dalam konotasi akademik.

Kajian-kajian mungkin masih berlaku di ceruk-ceruk institusi, tetapi ia tidak lagi se-popular pasca kemerdekaan.

Tidak pasti di mana silapnya, mungkin disebabkan kurangnya kajian-kajian yang menerjah minda atau Melayu sudah tidak peduli Melayu.

Maka kesemua pandangan Menteri Pendidikan Tinggi itu sewajarnya disahut dengan sepenuh hati oleh para cendiakawan bangsa.

Lakukan anjakan kerana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah pimpinan sekarang tampak serius tentang kepentingan Pengajian Melayu.

Terima kasih Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO kerana saranannya untuk manfaat bangsa Melayu.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori