Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Komando Hilang: Unit...

Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman akan membantu pencarian bekas komando...

Jika Tidak Di Dunia,...

Menjelang 10 FEB: Harapan, Doa, Kisah Hipokrasi Dan 'Keadilan'Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Setelah kes...

Sedih, Bapa & Anak...

KASIHNYA bapa sepanjang masa, itulah yang dapat digambarkan apabila melihat gambar menyedihkan seorang...

Pemilikan Saham: Sepina Sudah...

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan...

‘Kita Akan Lihat Apa Yang Berlaku’ – Najib

KUALA LUMPUR : Tindakan pihak berkuasa membawa pulang individu dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkemungkinan mengubah perjalanan perbicaraan kes penyelewengan dana syarikat itu yang sedang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, menyifatkan perkembangan terkini itu akan memberi kesan terhadap perbicaraan kes 1MDB kerana suspek yang berjaya dibawa pulang memainkan peranan utama dalam skandal kewangan terbabit.

Bagaimanapun, Najib yang ditemui pemberita sebelum perbicaraan kes itu hari ini, enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih berjalan di Mahkamah Tinggi.

“Kita akan lihat apa yang akan berlaku,” katanya.

Najib, 70, sedang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.


Pada 5 Mei lalu, akhbar melaporkan SPRM berjaya membawa pulang seorang individu, dipercayai sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang terbabit dalam kes penyelewengan dana 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Individu itu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada jam 3.30 pagi, 3 Mei lalu.

Sebaik tiba di KLIA2, lelaki berkenaan yang menghilangkan diri sejak 2018 diserahkan Notis Perintah untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi kemudian.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkembangan berkenaan dan pihaknya sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek dan aset lain di Singapura.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori