Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kapal Bawa Diesel Bernilai...

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah kapal yang melakukan...

Gambar Kentang Dijual RM4.5...

WOW... Seorang jurugambar yang pernah merakamkan gambar selebriti terkenal seperti Johnny Deep, Yoko...

Penghuni Premis Bertingkat Masih...

KUALA LUMPUR - Operasi pengasingan sisa pepejal yang dilaksanakan secara mandatori di lapan...

Sajat Pelik Dikecam Bila...

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ‘panas’...

KKM Baik Pulih 42 Klinik Kesihatan Di Pahang

KUANTAN : Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan projek membaik pulih 42 Klinik Kesihatan (KK) diklasifikasi sebagai daif di seluruh Pahang, membabitkan peruntukan RM12.901 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata pihaknya sudah mempunyai senarai klinik kesihatan daif di Pahang dan akan menerima peruntukan itu, dengan pelaksanaan dalam tahun ini juga.

“Proses perolehan sudah selesai dan kita sedang menunggu proses seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Klinik Kesihatan Bukit Goh di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Nor Azimi Yunus.


Kunjungan ke fasiliti itu adalah sebahagian daripada pengisian lawatan kerja dua hari Dr Zaliha ke Pahang, bermula hari ini.

Antara lain, ia bertujuan meninjau fasiliti kesihatan yang perlu ditambah baik bagi menampung keperluan semakin meningkat.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori