Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Selesai Tunai Tanggungjawab Sebagai...

MAKA selesai sudah melaksanakan proses pengundian pada Pilihan Raya Umum Kali Ke 14...

Kuyik Makan Banyak Sehari...

IBU kepada Muhammad Zulhazriq Danish Alden, 5, mengakui berasa susah untuk menerima kematian anak...

Video: Perempuan Selamatkan Anak...

SEEKOR gajah berusia dalam lingkungan 14 bulan menjadi anak angkat kepada seorang wanita...

‘Usain Bolt Malaysia’ Pecah...

PELARI yang diberi jolokan ‘Usain Bolt Malaysia’, Azeem Fahmi terus cemerlang pada Kejohanan...

KKM Bersedia Jika Kerajaan Isytihar Darurat

KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan sudah bersedia sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat jika keadaan gelombang haba semakin membimbangkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata ia termasuk persediaan untuk memastikan fasiliti kesihatan berada pada tahap terbaik sekiranya menerima kemasukan lebih ramai pesakit akibat strok haba dalam masa terdekat.

Beliau berkata, setakat semalam, terdapat sebanyak 15 kes strok haba dengan satu kematian direkodkan di seluruh negara.

Katanya, ia membabitkan empat kes strok haba, lima kelesuan haba dan enam kes kejang haba.

“Jadi setakat ini, nampaknya belum lagi memerlukan kepada tindakan yang lebih drastik tetapi saya yakin apa yang Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebut itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku apa-apa kesan yang lebih teruk.

“KKM di semua peringkat sentiasa memantau perkembangan semasa dan kita telah bersedia pada bila-bila masa jika ada kes yang berlaku akibat daripada haba yg melampau” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Zon Timur di Dewan Perdana Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah di sini, hari ini.


Terdahulu, kerajaan sedia mengaktifkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 termasuk mengisytiharkan darurat sekiranya keadaan gelombang haba semakin membimbangkan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, buat masa ini kerajaan tidak bercadang berbuat demikian.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, Kertas Putih Kesihatan yang dirangka bagi menambah baik sistem kesihatan negara akan dibentangkan ke Kabinet 26 Mei ini sebelum bacaan pertama di Parlimen.

Selain yakin ia mendapat sokongan daripada rakyat, beliau juga optimis kertas pemutihan itu akan mendapat persetujuan daripada semua Ahli Parlimen.

“KKM sudah melihat model (kesihatan) di beberapa negara luar dan kita boleh ambil atau gabungkan input yang baik bagi menambah baik dasar sistem kesihatan negara,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori