Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

UniKL Tidak Berhasrat Iktiraf...

BERA - Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak berhasrat untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu...

Syed Unan Rasa Bertuah,...

ALOR SETAR - Bukan sehari dirinya menabur bakti di Istana Anak Bukit, malah...

Wanita Yang ‘Dimalukan’ Ingin...

SEBELUM ini industri hiburan tempatan hangat dengan insiden salah faham pelakon cantik Nur...

Buku Fattah Amin Paling...

WALAUPUN buku tulisannya mendapat kritikan ramai, namun jangan tak tahu buku 99 Kata...

Lebih 1,000 Mangsa Pemerdagangan Manusia Diselamatkan Pihak Berkuasa Filipina

MANILA: Pihak berkuasa Filipina menyelamatkan lebih 1,000 individu dari beberapa negara Asia yang berada dalam tahanan sindiket pemerdagangan manusia untuk dipaksa menjalankan penipuan dalam talian di negara itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa kebanyakannya terdiri warga China, Vietnam, Indonesia dan Filipina, selain pihak berkuasa turut menyelamatkan rakyat Malaysia, Thailand, Taiwan, Myanmar, Hong Kong dan Nepal.

Keseluruhan mangsa pemerdagangan manusia itu diselamatkan dalam serbuan di beberapa bangunan di bandar Mabalacat, kira-kira 90 kilometer (km) di utara Manila.

Rentetan itu, sekurang-kurangnya 12 individu, masing-masing tujuh warga China, empat rakyat Indonesia dan seorang warga Malaysia yang disyaki ketua sindiket terbabit ditahan dan dijangka didakwa atas tuduhan pemerdagangan manusia.

Jurucakap kumpulan anti-jenayah siber polis Filipina, Michelle Sabino, berkata serbuan itu dilakukan selepas pihak berkuasa negara berkenaan menerima permohonan dikemukakan Duta Indonesia ke Manila yang meminta bantuan mencari warganegaranya yang berdepan masalah.

Katanya, seramai 1,090 mangsa yang diselamatkan direkrut untuk menjalankan sindiket penipuan dalam talian dengan menyasarkan warga Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada.

“Mangsa diarah bekerja selama 18 jam sehari dan dikenakan potongan gaji jika berinteraksi dengan rakan sekerja atau rehat melebihi masa, selain pasport mereka dirampas pihak sindiket.


“Mangsa ibarat banduan dan mereka langsung tidak dibenarkan berbual dengan rakan sebilik. Mereka juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan ditetapkan, selain akan dibawa balik ke bilik selepas 18 jam bekerja,” katanya.

Senator Filipina, Risa Hontiveros bulan lalu, dilapor memberi amaran terhadap ‘pusat panggilan penipuan’ dikenal pasti beroperasi dengan merekrut warga asing yang diperdagangkan ke negara itu.

Tahap kesedaran antarabangsa berhubung sindiket mempromosi pelaburan mata wang kripto dikendalikan mangsa pemerdagangan manusia meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Sabino berkata, mangsa dilatih untuk memujuk orang tidak dikenali untuk membeli mata wang kripto atau mendepositkan wang ke akaun bank palsu selepas menjalinkan hubungan percintaan palsu.

“Mereka akan menjanjikan masa depan bersama yang baik. Mereka akan pujuk mangsa untuk membeli rumah, kereta, melabur wang atau menjalankan perniagaan bersama,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori