Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Air Pasang Besar Diramal...

ALOR SETAR: Air pasang besar dijangka melanda dua daerah di negeri ini sekali...

Jualan Tiket ‘Online’ Diteruskan...

KUALA LUMPUR - Tiket perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2014...

Tayar Meletup Sebabkan Gangguan...

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan monorel Rapid Rail yang terganggu selama 10 jam sejak...

Beli Minyak Enjin, Dapat...

JOHOR BAHRU – Seorang penjawat awam merasakan bagai tertipu apabila sebotol minyak enjin...

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Tular

IPOH – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular di media sosial berhubung pertelingkahan hingga mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditangkap semalam pada pukul 10.30 malam di Ampang Baru.

Katanya, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada 14 Mei mengenai kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Falim di sini.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja.


“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan aib. Pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dengan tertangkapnya suspek tersebut, maka kes telah pun diselesaikan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video berkenaan sehingga menjejaskan siasatan.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit 18 saat yang dikongsi melalui Twitter itu, seorang lelaki dilihat mengeluarkan kata-kata kesat dan memainkan sentimen perkauman terhadap seorang wanita di dalam sebuah restoran.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori