Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kes Bayi Maut Ditikam:...

KEMAMAN: Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan...

Ismail Sabri Pertimbang Bentang...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin mempertimbangkan untuk membentangkan...

MH370: Satu Lagi Serpihan...

KUALA LUMPUR - Satu lagi serpihan pesawat dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370...

Tuduhan Rakyat Sedang Kebuluran,...

SHAH ALAM - Tindakan seorang pemimpin wanita Pas yang menyebarkan dakwaan rakyat sedang...

Lelaki Maut Dirempuh Komuter

PETALING JAYA : Lelaki maut selepas dirempuh komuter yang menghala ke Stesen Seputeh dari Stesen Salak Selatan, Brickfields dekat sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pada 1.08 tengah hari.

Beliau berkata, siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati bahawa mangsa berbaring di atas landasan kereta api sebelum dirempuh oleh komuter yang menghala ke Stesen Seputeh dari Stesen Salak Selatan.

“Pihak Polis tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

“Bangsa tidak dapat dikenal pasti, berambut pendek, dan berpakaian baju dan seluar berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Pihak polis memohon masyarakat yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi pihak polis Brickfields di talian 03-22979222 bagi membantu pengecaman mayat.

“Pihak Polis juga ingin menasihatkan masyarakat supaya tidak melintas landasan kereta api sebaliknya menggunakan laluan pejalan kaki yang ditetapkan,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori