Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

170,000 Peminjam PTPTN Berpeluang...

PUTRAJAYA - Sebanyak 170,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), diberi peluang...

Bapa Khairul Idham Luah...

PASIR SALAK - Walaupun gembira meraikan kejayaan anaknya di perlumbaan Moto3 Grand Prix...

Provokasi Adik PM Albania...

Perlawanan pusingan kelayakan Euro 2016 antara Serbia dan Albania menjadi kecoh dan terpaksa...

Mujahid Lupa Maklum Hotel...

KUALA LUMPUR - Meskipun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah roboh, Datuk Seri Najib...

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Disyaki Curi Kabel

BIDOR – Cubaan memotong kabel tembaga di bilik kuasa elektrik di sebuah kilang pasir di Kampung Coldstream dekat sini hari ini, dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, semakan ke atas lelaki berusia 27 tahun itu mendapati dia memiliki lapan rekod jenayah lampau termasuk bersabit kes narkotik.

“Lelaki itu ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di dalam bilik kuasa elektrik tersebut. Dia disyaki terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong kabel tembaga di bilik berkenaan.


“Pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan kematian lelaki itu. Mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori