SEPASUKAN Bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Tanjung Karang dikejarkan ke lokasi Khidmat Khas Tangan Tersepit di Hadapan Balai Raya Sungai Terap awal pagi tadi. Ketika pasukan bomba tiba dilokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang melibatkan tangan kirinya tersepit di rantai disebabkan baju jaket tersangkut di rantai motorsikal.
Pasukan Bomba dari BBP Tanjung Karang dengan tujuh (7) keanggotaan diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Zuraini Binti Mohamed Rawian terlibat dalam operasi menyelamat dengan bertindak memotong beberapa bahagian motorsikal menggunakan peralatan Road Traffic Accident (RTA) sehingga tangan mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Hospital Tanjong Karang. Semasa kerja-kerja dijalankan mangsa telah diberi ubat pelali. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa.
Selepas memastikan tiada sebarang kemerbahayaan di lokasi kejadian, operasi ditamatkan jam 07:48:00.
Maklumat Mangsa: Muhammad Hasyir Bin Mohd Falzi
Status Mangsa: Cedera parah di bahagian tangan kiri (Open Fracture)
Sumber : Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang