Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

49 PATI Ditahan Dalam...

KOTA KINABALU - Polis menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi...

“Saya Dah Edit Gambar...

SEORANG wanita menjadi mangsa jenayah siber apabila gambarnya di aplikasi sosial diedit hingga...

Nelayan Dikhuatiri Lemas Selepas...

BALIK PULAU, 12 Nov (Bernama) -- Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke...

Remaja Koma Dilanggar Bot...

SEREMBAN - Remaja yang cedera parah akibat dilanggar bot di pantai Telok Kemang,...

Misi Jejak Hawari Ditangguh, Cuaca Buruk

PUTRAJAYA: Misi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim ditangguhkan buat seketika berikutan keadaan cuaca buruk.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak berkata, buat masa ini, misi SAR masih lagi dikekalkan sehingga hari terakhir musim pendakian Isnin ini.

Beliau ketika dihubungi berkata, misi pencarian seterusnya akan diputuskan kemudian selepas kelab membuat permohonan permit khas mendaki dengan pihak berkuasa mendaki Nepal.

“Malam tadi ada perbincangan mengenai lanjutan SAR bersama Kementerian Luar, pihak berkuasa mendaki Nepal dan malim gunung bagi memutuskan langkah seterusnya.

“Perkara lain dibincangkan termasuk memohon untuk menggunakan khidmat 10 orang malim gunung dan bantuan helikopter.

“Kelab juga ada memohon bantuan daripada pihak tentera Nepal bagi membantu SAR berkenaan,” katanya yang juga Ketua Misi ME2023.


Katanya, beliau juga mengesahkan bahawa beberapa peralatan teknikal bagi mencari Muhammad Hawari termasuk dron infrared sudah diterbangkan ke Nepal bagi melancarkan SAR itu.

Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia semalam memaklumkan, misi SAR Muhammad Hawari mungkin dilanjutkan selepas Isnin jika permohonan permit khas diluluskan pihak berkuasa Nepal.

Jika permit khas itu diluluskan, kelab akan meneruskan SAR
dengan membawa beberapa teknologi daripada Malaysia seperti teknologi inframerah, kamera dan pengesan haba dan peralatan berteknologi tinggi lain.

Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari kelapan hari ini selepas dia dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Sebelum itu, Muhammad Hawari dilaporkan sudah berjaya menakluk puncak Everest pada 18 Mei lalu namun, dia dia didapati keluar bersendirian ketika berada di Kem Empat sebelum disahkan hilang.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori