Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kim Swee Intai Aksi...

PETALING JAYA - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee merancang...

Gaun Pengantin Berusia 147...

AKHIRNYA gaun pengantin turun temurun yang berusia 147 tahun milik keluarga Tess Newall...

IPD Kuala Muda Lupus...

SUNGAI PETANI - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda hari ini, melupuskan...

Tiada Rakyat Malaysia Terkorban...

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden serangan bom kereta...

Patung Purba Berusia 2,500 Tahun Ditemukan Di Sepanyol

SEKUMPULAN ahli arkeologi di Sepanyol menemukan beberapa patung dipercayai berusia 2,500 tahun yang dianggap menyerupai wajah masyarakat purba yang lenyap secara misteri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor Daily Mail, lima patung batu berasal dari abad ke-5 Sebelum Masihi (SM) ditemukan di tapak arkeologi Casas del Turuñuelo.

Casas del Turuñuelo merupakan mercu tanda bersejarah di Guareña, selatan Sepanyol.

Tapak itu dibina oleh tamadun purba Tartessos yang pernah menetap di selatan Semenanjung Iberian kira-kira 3,000 tahun lalu.

Namun, Tartessos dikatakan lenyap secara misteri, malah rupa masyarakat purba itu juga sudah lama menjadi tanda tanya.

Tamadun Tartessos dikaitkan dengan Atlantis, sebuah kota purba mitos yang didakwa musnah dan tenggelam di bawah Lautan Atlantik.

Pasukan penyelidik di Majlis Tertinggi Penyelidikan Saintifik (CSIC) di Sepanyol menganggap patung purba itu adalah representasi manusia pertama Tartessos.

Tartessos terkenal dengan kekayaan dan kemakmuran besar hasil daripada kerja logam serta perdagangan timah, emas dan tembaga.

“Ini mematahkan paradigma bahawa Tartessian adalah budaya anikonik iaitu tidak mempunyai gambaran kiasan mahupun antropomorfik,” kata penyelidik dari Institut Arkeologi Merida, Sebastián Celestino.

Patung purba itu ditemukan ketika ahli arkeologi melakukan kerja penggalian di sektor timur tapak Casas del Turuñuelo.


Ritual korban haiwan secara besar-besaran termasuk kuda pernah didokumenkan di tapak berkenaan.

Beberapa gambar menunjukkan keadaan patung purba itu yang hampir lengkap dan menyerupai wajah dua tokoh wanita.

Kedua-dua patung purba itu dihiasi dengan anting-anting besar yang kelihatan seperti reka bentuk tipikal tukang emas Tartessos.

“Anting-anting seperti ini pernah dijumpai di tapak lain pada era dan rantau itu.

“Jadi, barang itu didokumentasikan dengan baik, malah kami kini mengetahui bagaimana ia dipakai,” kata pengarah bersama tapak, Esther Rodríguez kepada El País.

Difahamkan, dua patung masyarakat purba itu menggambarkan wanita yang merupakan dewi, manakala patung ketiga pula memaparkan seorang pahlawan.

“Dua patung purba lain yang tidak dipelihara dengan begitu baik dikatakan menyerupai wajah beberapa dewa.

“Bagaimanapun, ia juga boleh menggambarkan orang Tartessos,” jelas laporan itu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori