Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Saharul Ridzwan Pilih Luth...

PELAKON Saharul Ridzwan memberikan nama Muhammad Luth Ali kepada anak sulungnya itu yang...

Harimau Malaysia Tunduk 2-0...

KUALA LUMPUR - Dua jaringan separuh masa pertama oleh Tommy Semmy, cukup bagi...

LHDN Akan Kejar Menteri...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)...

Video: Aksi Comel Model...

BAGI masyarakat di rantau Asia Tenggara, durian merupakan buah yang begitu sinonim dengan...

Pecah Amanah: Identiti Sembilan Individu Dalam Kesedar Disalah Guna

PUTRAJAYA – Identiti sembilan individu di dalam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dikenal pasti telah disalah guna oleh suspek yang melakukan pecah amanah RM24.8 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, kesalahan didakwa dilakukan suspek yang merupakan penolong akauntan agensi itu selama lapan tahun tanpa disedari merupakan suatu perbuatan licik.

“Saya tidak pernah berkompromi kerana ini adalah wang pembayar cukai yang sepatutnya digunakan untuk peneroka,” katanya menerusi sidang akhbar pelancaran Jerayawara Advokasi Antigangguan Seksual, di sini pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai salah laku yang didakwa dilakukan oleh suspek.


Penolong akauntan yang berusia 37 tahun itu didakwa melakukan pemindahan wang dari akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik Kesedar ke akaun syarikat miliknya membabitkan jumlah keseluruhan RM24,800,189.73 meliputi 194 transaksi.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukannya sejak 2016 sehingga Mei lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, suspek akan dikenakan tindakan berdasarkan tata kelola sedia ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuklah digantung tugas.

“Kesedar adalah agensi kerajaan dan peraturan itu diguna pakai,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori