Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Dilepas Tanpa...

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di...

PRU14: PM Tiba Di...

PEKAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib...

Pemilik Restoran Beri Sarapan...

DALAM ajaran agama Islam, amalan bersedekah sangat dituntut dalam diri setiap penganutnya. Tetapi, amalan...

Kepakaran Perubatan Malaysia Setanding...

PUTRAJAYA - Kepakaran perubatan di Malaysia adalah setanding dan adakalanya lebih baik berbanding...

Pegawai JPN Kedah Dipukul Dua Lelaki

ALOR SETAR: Seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, di sini cedera di mata, hidung dan bibir dipercayai akibat dipukul dua lelaki di pejabatnya di Jalan Stadium, di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada pukul 12.45 tengah hari setelah mangsa didatangi dua lelaki terbabit atas alasan untuk membincangkan urusan berkaitan sekolah.

Namun, dua lelaki tersebut secara tiba-tiba menyerang mangsa yang berusia 50-an selepas berlaku perbincangan antara mereka melibatkan satu isu lain.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Daerah Kota Setar, petang semalam,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada isu melibatkan saudara-mara suspek.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan kejadian menimpa mangsa.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

“Setakat ini seorang suspek lelaki berusia 40-an direman selama empat hari bermula hari ini hingga 2 Jun dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori