Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PLUS Tak Akan Dijual,...

KUALA LUMPUR - Konsesi lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) tidak akan...

Pengarah Urusan, CEO Hadapi...

Butterworth : Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pelaburan, masing-masing...

Genap Sebulan Kahwin, Coco...

INSTAFAMOUS yang popular gara-gara pelat mat sallehnya, King Coco berkongsi berita gembira dengan...

Sambut Hari Jadi Selepas...

TIADA perkataan dapat digambarkan namun Nyanaprakash Muniandy bersyukur akhirnya dapat menyambut hari lahirnya...

Pembantu Kedai Didenda RM5,000 Miliki Gambar, Video Lucah

TAIPING : Padah memiliki gambar dan video lucah di dalam telefon bimbit, seorang pembantu kedai didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Muhammad Fitri Ishak, 26, juga berdepan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu diputuskan setelah tertuduh yang masih bujang itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur’ Atiqah Sapari.

Mahkamah turut memerintahkan barang kes dipulangkan kepada pihak pendakwaan untuk dilucuthakkan dan dilupuskan setelah tamat tempoh.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 67 gambar dan 55 video yang lucah dalam telefon bimbit jenama Realme model RMX2111.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bahagian di Hospital Taiping sekitar pukul 12.15 tengah hari pada 16 Februari 2022.


Pendakwaan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Siti Hajar Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.

Terdahulu, tertuduh yang menyesal dengan perbuatannya merayu hukuman ringan atas alasan perlu menyara ahli keluarga dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,200.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada masyarakat dan memohon barang kes dilupuskan mengikut Seksyen 260 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Muhammad Fitri membayar denda berkenaan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori