Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

IRS mileage charge tax...

Composing is somewhat regarded as being an artwork by the majority of folks....

Abam Bocey Minta Ibu...

PETALING JAYA - Pelawak Abam Bocey memberitahu dia menyerahkan tanggungjawab kepada ibu untuk...

Suami Isteri Dipenjara 14...

KUALA LUMPUR - Suami isteri masing-masing dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret...

Dobi Layan Diri Penyelamat...

KUANTAN - Kedai dobi layan diri menjadi 'penyelamat' kepada penduduk, khususnya kepada golongan...

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara yang sambut pada setiap 15 Mei sebagai mengiktiraf peranan penting generasi itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, khutbah bertemakan ‘Belia Pewaris Negara Bangsa’ itu akan disampaikan di semua masjid di negeri ini.

Katanya, Sultan Nazrin turut memperkenankan pemimpin belia diberikan penghormatan membaca khutbah berkenaan.

“Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengambil sempena sambutan Hari Belia Negara dan mengiktiraf peranan penting generasi belia, menitahkan Khutbah Jumaat di negeri Perak pada 19 Mei 2023 bertemakan `Belia Pewaris Negara Bangsa’.

“Baginda turut memperkenankan para pemimpin belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid-masjid di Negeri Perak pada 19 Mei 2023.

“Susulan daripada itu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak sudah mengemukakan 24 nama pemimpin belia kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak untuk mendapat tauliah sementara membaca khutbah di 24 masjid di negeri Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Berdasarkan lampiran yang disertakan dalam kenyataan itu, Muhammad Syukri Alimar Shidi dari Kelab Belia Abrar Sungai Rokam di sini telah diperkenankan tauliah untuk menyampaikan khutbah di Masjid Negeri atau Masjid Sultan Idris Shah II di sini esok.

Lain-lain masjid ialah Masjid Al-Abidin Kampung Pasir Puteh (Kinta), Masjid Al-Falah Taman Sri Kota (Larut Matang); Masjid Sultan Idris Shah atau Masjid Daerah Teluk Intan (Hilir Perak); Masjid Ar-Rahmaniah Kampung Sungai Wangi (Manjung); Masjid Abu Hurairah (Batang Padang); Masjid Tuminah Hamidi (Bagan Datuk); Masjid Yahya Ubudiah Kampung Banggol Belimbing (Lenggong); Masjid Sultan Yusuf Izzudin Shah, Seri Iskandar (Perak Tengah); Masjid Sultan Idris Shah 2 Slim River (Muallim) dan Masjid Al Khairiyah Rantau Panjang (Selama).

Masjid di Gerik yang dipilih termasuk Masjid Jamek Gerik, Masjid Al Hamidiah Kampung Kenayat, Masjid Jamek Gerik (Masjid Daerah Hulu Perak), Masjid SDJ Al- Muhammadiah RPS Kemar, Masjid Ridzuaniah Kampung Bongor, Masjid Al-Amin Kampung Tawai, Masjid Nurul Iman FELDA Lawin Utara, Masjid SDJ Al-Falah Sungai Urat RPS Dala dan Masjid Rahmaniah Kampung Kerunai.

Lain-lain masjid terlibat ialah Masjid Ar-Rahmah Kampung Bendang Kering dan Masjid Kampung Laneh Lubok Merbau masing-masing di Kuala Kangsar dan dua masjid di Kampung Gajah iaitu Masjid Kampung Pasir Putih dan Masjid Al-Makmur Kampung Sungai Galah.

Sebelum ini, Sultan Nazrin memberi perkenan guru-guru di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah pada Jumaat lepas di beberapa masjid sebagai mengiktiraf peranan penting golongan itu kepada negara, bersempena dengan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei lalu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori