Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Gugat...

BANGKIT... Pakatan Harapan (PH) hakikatnya gerun jika kerjasama antara Barisan Nasional (BN) diwakili...

Himpunan Kuning, Merah Tidak...

KUALA LUMPUR - Penganjuran beberapa perhimpunan aman baru-baru ini tidak menjejaskan sektor pelancongan...

Remaja 19 Tahun Maut...

LUMUT - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikalnya dirempuh dari belakang oleh sebuah...

Polis Tahan 3 Lelaki,...

SHAH ALAM - Polis menumpaskan satu kumpulan samun kedai serbaneka dan restoran 24...

Pengasuh Dera Kanak-kanak 3 Tahun Didakwa

JOHOR BAHRU – Penjaga pusat asuhan kanak-kanak swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di bawah jagaannya, 22 Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Ng Shu Tian, 24, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di bawah peliharaannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat asuhan kanak-kanak swasta di Taman Molek, Johor Bahru kira-kira 4 petang pada 22 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Umar Faiz Abdul Kohar manakala tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien dan Ooi Hong Ming.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di Balai Polis Bukit Gambir, Muar setiap bulan.

Ahmad Kamal menetapkan 27 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori