Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Universiti Perlu Tegas Kuat...

KUALA LUMPUR - Semua universiti awam dan swasta digesa melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok...

Azmin Perlu Kaji Perjanjian...

KUCHING - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali perlu mengkaji terlebih dahulu...

Jodoh Tak Panjang.. Raja...

Manusia hanya mampu merancang, namun tuhan yang menentukan. Setelah lebih beberapa bulan kisah...

Lindsay Tulis ‘Alaikum Salam’...

BINTANG sensasi Hollywood, Lindsay Lohan terus menerus menimbulkan sensasi dan tanda tanya netizen...

Penipuan Dalam Talian Terbaru, Deepfake, Didedahkan

HANOI: Penjenayah siber kini bertindak lebih ke hadapan apabila menggunakan video palsu ‘deepfake’ berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk membuat panggilan palsu meminta wang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Salah seorang mangsa, Dang Anh Quang, yang tinggal di Daerah Hai Ba Trung, Hanoi, berkata dia menerima permintaan segera untuk meminjam wang daripada kawan baiknya menerusi akaun Zalo.

Katanya, dia menerima panggilan video di mana dia dapat melihat wajah rakannya dan mendengar suaranya.

Berikutan itu, dia tidak teragak-agak dan menghantar 20 juta dong (RM3,790) ke akaun Zalo rakannya.

Bagaimanapun, Quang kemudian mengetahui bahawa dia ditipu menggunakan teknologi ‘deepfake’.

“Wajah yang saya lihat dalam panggilan video itu agak kabur, dia bertutur beberapa patah perkataan, kemudian panggilan terputus. Saya fikir sambungan internet teruk,” katanya kepada Agensi Berita Vietnam.

Menurut Kaspersky, video panggilan palsu ialah gandingan perkataan ‘deep’ atau mendalam daripada ungkapan ‘deep learning’ atau pembelajaran mendalam dan ‘fake’ (palsu).

Pembelajaran mendalam ialah kaedah AI lanjutan yang menggunakan berbilang lapisan algoritma pembelajaran mesin untuk mengeluarkan ciri-ciri peringkat lebih tinggi secara progresif daripada input mentah.


Sebagai contoh, menurut Kaspersky, AI boleh mengumpulkan data mengenai pergerakan fizikal anda.

Teknologi Deepfake telah mencipta produk teknologi video dengan bunyi dan imej yang memalsukan objek sebenar dengan ketepatan tinggi.

Video palsu akan kelihatan lebih nyata kerana teknologi AI mengumpul lebih banyak data mengenai bentuk dan suara pengguna rangkaian sosial sebelum ia ditiru.

Video ‘deepfake’ itu hanya bertahan beberapa saat, selalunya dengan imej dan bunyi yang tidak jelas.

Pembangunan AI dan aplikasi seperti ‘deepfake’ membantu orang biasa, yang tidak perlu mahir dalam teknologi atau pemprosesan grafik, untuk mencipta kolaj foto, video dan suara dengan mudah.

Penipuan dalam talian menggunakan ‘deepfake’ dijangka berkembang pada masa hadapan kerana jumlah wang yang diperuntukkan adalah besar manakala penipu tidak perlu menghabiskan banyak usaha.

Menurut Kementerian Penerangan dan Komunikasi, lebih 3,200 laman sesawang penipuan dikesan dalam tiga bulan pertama 2023 di Vietnam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori