Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MAIPs Pemegang Amanah Tunggal...

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) adalah pemegang...

Bapa Maut, Dua Anak...

Labuan : Seorang bapa berusia 48 tahun maut dan dua anak perempuannya cedera...

Azmin Tolak Kenyataan Abdul...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Presiden PAS...

Kanak-Kanak Lemas Di Kunci...

MACHANG - Hasrat enam beranak untuk kembali ke ibu kota malam tadi terpaksa...

Percutian Keluarga Di Pantai Tanjung Buloh Berakhir Tragedi, Dua Beradik Lemas

KOTA TINGGI : Percutian sebuah keluarga di Pantai Tanjung Buloh di sini, hari ini, sempena cuti umum Hari Pekerja, berakhir dengan tragedi apabila dua beradik lemas, manakala dua lagi terselamat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kedua-dua beradik yang lemas dikenali sebagai Siti Nursalina Johari, 10, dan kakaknya, Siti Rabiah, 13, berasal dari Ulu Tiram.

Mangsa yang terselamat ialah ibu kedua-dua mangsa, Mersidita Yunos, 46, dan Saleha Haron, 27.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, terdahulu sepasukan sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Penawar dengan sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan kereta pacuan empat roda digerakkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.38 petang tadi.

“Setiba di lokasi, kami mendapati dua wanita dapat diselamatkan orang awam manakala dua lagi mangsa ditemukan lemas dan dibawa ke pantai.


“Bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis bagi proses bedah siasat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Katanya, operasi diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Khairul Sufian Dahari ditamatkan pada jam 4.42 petang.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori