Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bajet 2018: CIMB Harap...

KUALA LUMPUR – Kumpulan perbankan bersepadu, CIMB, berharap kerajaan akan memberi penekanan kepada...

Ikan Laga Bendera Thai...

BANGKOK - Seekor ikan laga tempatan yang memiliki sisik mirip warna bendera rasmi...

Dua Peguam Najib Tarik...

KUALA LUMPUR - Bekas Pendakwa Raya Kanan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan...

Mualaf Tawar Teksi Tambang...

SIAPA sangka, dalam situasi peningkatan kos sara hidup zaman kini, masih ada lagi...

Petronas Beri Kerjasama Berhubung Siasatan SPRM

PETALING JAYA : Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan fail siasatan yang dibuka oleh badan siasatan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Petronas dalam satu kenyataan memberitahu, kerjasama sepenuhnya akan diberi sepanjang tempoh siasatan berhubung isu sebarang salah laku di bawah Akta SPRM 2009 oleh Petronas, kakitangan dan pengarahnya.

Selaras dengan cadangan SPRM dan sejajar dengan polisi toleransi sifar rasuah, Petronas sentiasa mengambil langkah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha berterusan dalam mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah dan salah laku oleh pekerja, pengarah dan pihak ketiga bagi pihak syarikat dalam Kumpulan.


“Petronas akan terus komited memberikan kerjasama kepada SPRM dalam usaha ini,” ujarnya.

Terdahulu, satu siasatan dijalankan SPRM berhubung dakwaan terdapat perbuatan rasuah melibatkan projek Petronas dan sebuah syarikat minyak antarabangsa membabitkan projek RM399 juta di Sarawak.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori