Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Portable Dual, Power Bank...

MICROSOFT hari ini memperlihatkan power bank pertama dari mereka, dinamakan Microsft Portable Dual,...

Hakim Pula Ditahan Kes...

KUALA LUMPUR - Seorang lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari...

Isu Tanah: 2 Anak...

DUA anak kepada pelakon legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin menfailkan saman terhadap...

5 Tips Rambut Sihat...

Rambut adalah mahkota wanita, ia perlu diberi penjagaan rapi. Bagi mereka yang berbajet besar, bolehlah...

PM Umum Peruntukan Tambahan Pembangunan RM1 Bilion Untuk N Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM1 bilion bagi melakasanakan pelbagai projek pembangunan dan infra rakyat di Negeri Sembilan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia menjadikan keseluruhan jumlah peruntukan pembangunan disediakan Kerajaan Pusat khusus untuk Negeri Sembilan berjumlah RM1.27 bilion, berbanding lebih RM200 juta yang diperuntukkan sebelum ini.

Peruntukan pembangunan itu merangkumi projek membina jalan dan jambatan baharu, infrastruktur pendidikan, pembinaan rumah ibadah serta menaiktaraf Klinik Kesihatan daif.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Terdahulu, Anwar yang tiba pada majlis itu jam 11 pagi, menyantuni orang ramai yang sudah mula memenuhi gerai-gerai menyediakan pelbagai juadah istimewa hari raya.


Setakat jam 11.30 pagi, kira-kira 5,000 pengunjung sudah hadir mengunjungi majlis rumah terbuka berkenaan yang akan berlangsung hingga jam 3 petang ini.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani ini adalah yang ketiga dihadiri Perdana Menteri selepas di Kedah selain di Pulau Pinang semalam yang turut dianjurkan pihak kerajaan negeri.

Tiga lagi majlis sama akan berlangsung pada Jumaat, Sabtu dan Ahad depan di Kelantan, Terengganu serta Selangor, juga dijadual dihadiri Anwar.

Aminuddin dalam ucapan menyifatkan kehadiran Anwar begitu dinanti dan ia juga memeriahkan lagi suasana majlis yang diadakan setahun sekali itu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori