Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Khairuddin Dan Chang...

KUALA LUMPUR - Kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri...

KPWKM Hadkan Lawatan Terhadap...

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengehadkan lawatan...

Akauntan Antara 6 Wanita...

KUALA LUMPUR: Enam wanita termasuk seorang akauntan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini,...

Kes Saman Anwar Terhadap...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar...

Polis Kesan Empat Lagi Kes Buli Di Pangkalan Udara TUDM Kuantan

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan, ada empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendakwa dipukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan pada 12 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keempat-empat pelatih yang menjalani kursus latihan sama dengan pengadu, mendedahkan kejadian dipukul anggota TUDM senior itu, ketika mereka dipanggil membantu siasatan kes buli yang dilaporkan oleh keluarga seorang pelatih lebih awal.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pada masa ini siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan.

“Siasatan setakat ini turut mendapati ada empat lagi pelatih kursus latihan sama dipukul dalam kejadian itu.

“Setakat ini, enam orang suspek sudah dikenal pasti dan sudah dipanggil bagi tujuan siasatan kerana disyaki terbabit dalam kes ini,” katanya kepada BH, hari ini.

Ramli berkata, tindakan siasatan termasuk merakamkan percakapan saksi bebas, sedang dilaksanakan pada masa ini.

“Selain itu, polis turut mendapatkan laporan penuh perubatan terhadap mangsa-mangsa yang mendakwa dibuli bagi melengkapkan siasatan.


“Sebaik kertas siasatan dikemaskini, pihak polis akan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Kelmarin, tular di media sosial Twitter mengenai luahan seorang wanita mendakwa adik lelakinya dibuli di pusat latihan tentera udara.

Wanita terbabit turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adiknya ketika menjalani latihan.

Bapa kepada mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kes buli yang berlaku ke atas anaknya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori