Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Enggan Kabur Imej, Belgium...

BRUSSELS - Kementerian Pertahanan Belgium akan mengemukakan saman terhadap Google kerana tidak mengendahkan...

Video: “Tergamak Kau Buat...

MALANG nasib seekor anjing apabila dibiarkan tertambat dan tercekik di hadapan rumah setelah...

Bersatu Boleh Tumbang Jika...

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh tumbang jika tidak menggunakan...

Para 2017 Petanda Positif...

KUALA LUMPUR - Malaysia menutup kempen acara olahraga Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur...

Polis Mohon Sambung Reman Suspek Bunuh, Bakar Kekasih Hamil

SABAK BERNAM – Polis akan membuat permohonan lanjutan reman ke atas seorang lelaki yang membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, siasatan kes itu masih dijalankan pihaknya setakat ini.

“Polis akan mendapatkan perintah lanjutan reman pada Isnin (esok) terhadap suspek.

“Berdasarkan laporan bedah siasat Hospital Sungai Buloh, punca kematian mangsa akibat kesan luka tikaman di dada,” katanya, hari ini.


Kosmo! semalam melaporkan keluarga seorang wanita hamil yang dibunuh dan dibakar itu menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes itu.

Mereka turut berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang dan jenazah anak kelima daripada enam beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, kelmarin.

Lelaki berusia 20 tahun sebelum ini direman enam hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori