Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Minat Anggota Keluarga Kepada...

IPOH - Minat seluruh anggota keluarga kepada ping pong menjadi faktor utama mendorong...

Pusat Sains Negara, Planetarium...

PUTRAJAYA - Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara (PN) ditutup sementara sehingga...

Speaker DUN Johor Kata...

JOHOR BAHRU - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat mengingatkan...

Kejam…Lelaki Dera Kucing, Jadikan...

KEJAM...seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan telah dirakamkan menggantung kucing di sebatang pokok dan...

PRN: BN Perlu Tampilkan Calon ‘Mesti’ Menang

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon yang mesti membawa kemenangan kepada parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam buah negeri tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PRN kali ini akan memberikan cabaran lebih berat buat BN dan UMNO, oleh itu proses penyaringan calon perlu dilakukan dengan sebaik mungkin bermula di peringkat negeri.

“Negeri-negeri akan menyenarai pendek calon-calon mereka, kali ini tugas lebih berat lagi, kerana kita perlu pilih calon yang mesti menang, bukan boleh menang.

“Persepsi sekarang macam-macam terhadap parti, kita perlu letakkan calon yang mesti menang, bukan sebarang calon. Maka penyaringan calon-calon di peringkat negeri dan bahagian masing-masing itu perlu dilakukan dengan terbaik yang mungkin.

“Penting bagi kita adalah mahu menang pada pilihan raya, dalam pilihan raya bukan main-main, bukan kira mahu bertanding berapa banyak mahu tetapi akhrnya kalah buat apa. Kami mahu letakkan calon yang mesti menang, kemungkinan menang itu perlu melebihi 50 peratus,” katanya.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar Ke-26 di sini hari ini.


Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan perundingan kerusi di antara BN dan Pakatan Harapan (PH), Mohamad yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN memaklumkan jumlah kerusi yang akan ditandingi kedua-dua blok parti itu masih belum ditentukan.

“Memang kita (BN dan PH) akan bertanding di kesemua kerusi, tetapi berapa BN akan bertanding sama ada di Negeri Sembilan atau Selangor itu belum dimulakan rundingannya. Sebab seperti saya katakan, hal calon ini elok dibuat kemudian.

“Kita mantapkan dan sediakan jentera terlebih dahulu, apabila sudah bersedia, biar pemimpin-pemimpin parti yang akan berunding mengenai pembahagian kerusi dan akhir certia nanti setiap parti mencalonkan calon-calon yang saya katakan calon yang mesti menang,” tambahnya.

Enam buah negeri akan mengadakan PRN mereka pada tahun ini iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori