Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Thanapakkiom, 103 Tahun, Bersyukur...

PUTRAJAYA - Thanapakkiom Sannasy, yang mencecah usia 103 tahun, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya...

‘Saya Ada Cara Sendiri...

ARAU : Calon Ketua UMNO Bahagian Arau yang menang tanpa bertanding, Datuk Rozabil...

Beri Ruang Pihak Berwajib...

PUTRAJAYA - Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta) mahu pihak berkuasa diberikan...

Terbaik! Aplikasi Peranti Pintar...

SEJAK dahulu lagi, pelbagai langkah dan pendekatan telah dijalankan kerajaan untuk menghindari pembiakan...

Ratusan Syarikat Dalam ‘Senarai’ SPRM Kes Tipu Dana PENJANA

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ratusan lagi syarikat dikenal pasti terbabit dalam kes tuntutan palsu berkaitan dana Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, sekali gus memberi kata dua kepada syarikat terbabit untuk tampil menyerah diri atau berdepan tindakan tegas.

Ini kerana, katanya pihaknya tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan meneruskan operasi khususnya melalui Ops Hire untuk menahan semua yang terbabit.

“Kita sudah kenal pasti nama dan senarai pemilik syarikat yang terbabit.

“Bagi tujuan mendapatkan semula semua tuntutan palsu itu, saya beri amaran kepada semua untuk tampil segera sebelum SPRM mengetuk pintu pejabat syarikat anda,” katanya.

Terdahulu, SPRM menahan reman 47 pengarah syarikat di beberapa negeri susulan kes tuntutan palsu dana PENJANA melalui Ops Hire 2.0.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan sesiapa yang terbabit tetapi tampil secara sukarela dan menyerahkan semula tuntutan palsu yang sudah buat, tidak akan dituduh di mahkamah.

“Bagi yang masih berdegil, mereka akan dikenakan tindakan lebih serius,” katanya.

Dalam pada itu, penahanan terkini membabitkan 47 pengarah syarikat melalui Ops Hire 2.0 itu dilakukan susulan tuntutan palsu dana PENJANA membabitkan nilai keseluruhan RM63 juta.


Tangkapan terkini itu membabitkan penipuan lebih 50 syarikat yang membuat tuntutan kononnya mengendalikan program pengambilan dan latihan pekerja di bawah inisiatif PENJANA kepada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

BH difahamkan syarikat dikenal pasti itu membuat tuntutan antara RM450,000 hingga RM2 juta.

Ahmad Khusairi berkata, tangkapan dan kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Dalam Op Hire 1.0 sebelum ini, seramai 74 orang daripada 60 syarikat ditahan membabitkan tuntutan palsu bernilai RM88 juta, dengan 52 didakwa di mahkamah.

“Tindakan tegas SPRM ini bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan yang dilihat sebagai isu serius,” katanya.

Ops Hire 2.0 digerakkan untuk mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan hasil tuntutan palsu dibuat pengarah syarikat menerusi program insentif PENJANA.

Ia lanjutan Op Hire 1.0 yang dilaksanakan pada 2022 lalu di seluruh negara dengan kerjasama PERKESO dan SPRM.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori