Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 Sekeluarga Ditahan AADK...

BALING - Seorang janda anak satu berusia 21 tahun dan empat anggota keluarga...

Pelampau Kulit Putih Buat...

CHARLOTTESVILLE (Virginia) - Perintah darurat diisytiharkan di bandar raya ini berikutan kebanjiran penunjuk...

Iklan Raya TNB #LepasTu...

APABILA tiba di pertengahan Ramadan, seperti biasa syarikat-syarikat korporat di Malaysia akan berlumba-lumba...

Cinta Sejati Warga Emas...

Nanning (China) - Sepasang suami isteri mengotakan apa yang mereka ikrarkan ketika melangsungkan...

Reman Lelaki Bunuh, Bakar Kekasih Hamil Sambung Lima Hari

KUALA SELANGOR: Reman seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar disambung selama lima hari sehingga Jumaat ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kebenaran lanjutan reman ke atas suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Tempoh reman yang berakhir hari ini disambung sehingga 2 Jun atau Jumaat ini. Kita akan merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap ungu itu hadir ke mahkamah dengan dikawal ketat anggota polis, kira-kira pukul 8.10 pagi.

Dalam pada itu, Agus Salim meminta orang ramai tidak sewenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan tidak sahih di media sosial mengenai kes berkenaan.

“Tindakan menyebarkan spekulasi itu hanya akan mengganggu siasatan polis yang sedang dijalankan ketika ini.


Kita tidak akan teragak-agak membuka kertas siasatan ke atas individu itu mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.

Kelmarin keluarga wanita hamil yang dibunuh dan dibakar itu dilapor menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes tersebut dan berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang

Sementara itu, jenazah anak kelima daripada enam beradik berkenaan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, Jumaat lalu.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek selama dua hari bermula Isnin minggu lalu selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut pelayan restoran itu, suspek dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori