SIBU: Dua remaja lelaki berusia 15 tahun yang hilang sejak Jumaat lalu dibawa arus deras semasa mandi di Sungai Rejang, ditemukan mati lemas pagi tadi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Mayat Justin Siaw ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama orang awam pada jam 7.35 pagi, manakala mayat Kong Wei Weng ditemukan pada jam 8.15 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, proses pengecaman serta pengesahan identiti kedua-dua mangsa dilakukan ibu bapa mereka.
“Dengan penemuan ini, operasi pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini ditamatkan pada jam 9.55 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi bedah siasat.
Petang Jumaat lalu, kedua-dua mangsa mandi di sungai bersama seorang lagi rakan mereka yang bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu.
BHonline-