Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MAHA 2022 Bakal Tarik...

KUALA LUMPUR : Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang...

Jangan Terlalu Cepat Longgarkan...

KUALA LUMPUR : Kerajaan disarankan tidak terlalu tergesa-gesa dalam melonggarkan prosedur operasi standard...

Kucing Itu Sengaja Ditahan...

JOHOR BAHRU - Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu 'roller shutter' sebuah bank dalam...

Wanita Warga Laos Maut...

KEMAMAN - Seorang wanita warga Laos maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang...

Seorang Terbunuh, 2 Parah Motosikal Berkuasa Tinggi Bertembung SUV

SRI AMAN : Seorang terbunuh manakala dua parah selepas motosikal berkuasa tinggi bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 23, Jalan Sri Aman- Serian, dekat sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata individu yang maut itu dikenalpasti sebagai Beck Veron Ramping, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha R25.

Katanya, dua yang parah adalah pembonceng motosikal berusia 14 tahun dan pemandu kenderaan jenis Honda CR-V dengan identiti mereka masih belum dikenalpasti.

“Mangsa (penunggang motosikal) disahkan meninggal serta-merta oleh pasukan paramedik yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Jurucakap berkenaan berkata, siasatan awal menunjukkan kemalangan itu menyebabkan penunggang dan pembonceng terhumban ke bahu jalan manakala motosikal mereka terbakar sebelum berjaya dipadamkan anggota bomba dan penyelamat.

Katanya, pembonceng dan pemandu kereta dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut manakala mayat penunggang motosikal diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori