Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengganas Bunuh 44 Penduduk...

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam...

Anggota Polis Johor Ditangkap...

JOHOR BAHRU — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang koperal polis...

Azizulhasni, Fatehah Sandaran Pingat...

KUALA LUMPUR – Juara dunia Muhd Azizulhasni Awang dan pelumba trek berbasikal wanita,...

Lagi Kes Eskalator Di...

NAMPAK gaya insiden ngeri yang berkaitan dengan eskalator di China masih belum berakhir.Sejak...

Stadium: KBS Akan Pastikan Konsert Dan Aksi Harimau Malaya Berjalan Baik

KUALA LUMPUR : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan penganjuran konsert kumpulan muzik Coldplay dan aksi Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil November ini berjalan dengan baik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri, Hannah Yeoh, berkata beliau sudah berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung penggunaan stadium itu menjelang kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert kumpulan muzik dari United Kingdom itu pada bulan yang sama.

“Isu stadium selalu kita akan imbangkan antara sukan bola sepak dan konsert, kita telah bincang beberapa pilihan tapi saya tak nak umum pilihan ini dulu.

“Kita akan tunggu undian (kelayakan Piala Asia 2027) yang Datuk Hamidin akan dapat bulan Julai nanti,” katanya selepas sidang media Rangkuman Prestasi Kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023, hari ini.


Semalam, Hamidin menerusi kenyataan menjelaskan bahawa insiden tarikh konsert dan aksi Harimau Malaya yang bertindih tidak boleh berlaku kerana FAM telah membuat tempahan awal kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengikut tarikh perlawanan skuad kebangsaan yang dijadual dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tarikh kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert itu masing-masing dijangka berlangsung pada 16, 21 dan 22 November depan.

Isu sama pernah berlaku pada Januari lalu apabila penyokong bola sepak tanah air berang selepas 21,000 tempat duduk bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di stadium itu terpaksa dikosongkan bagi memberi laluan kepada pembinaan pentas konsert penyanyi terkemuka dari Taiwan, Jay Chou.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori