Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Rakan Maut Kereta...

IPOH - Dua rakan maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan...

3 Pelajar Dikejarkan Ke...

GUA MUSANG - Tiga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra...

Inflasi, Kos Sara Hidup...

Kuala Lumpur : Kadar inflasi dan kos sara hidup di Arab Saudi antara...

PM Lee Keluar Hospital...

SINGAPURA - Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar...

Suami Isteri Rantai Amah Ditahan

KUALA LUMPUR : Suami isteri yang disyaki merantai pembantu rumah wanita warga Indonesia di sebuah rumah di Taman Tenaga, Kajang, Selangor, ditahan polis semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pasangan berusia 40 dan 50-an terbabit diberkas sepasukan pegawai dan anggota yang melakukan serbuan di rumah mereka di Taman Tenaga.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan dibuat pada petang semalam.

“Kedua-dua mereka ditahan reman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.

“Pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa berusia 37 tahun sudah dilakukan dan mangsa tidak alami trauma. Dia dibenarkan pulang ke rumahnya sendiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan salah.


Media semalam melaporkan, pembantu rumah wanita warga Indonesia dikatakan dirantai majikannya sebelum diselamatkan orang ramai di Taman Tenaga di sini, pada Ahad lalu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9 malam ketika dia ke kedai runcit di kawasan perumahan berkenaan dan terdengar bunyi jeritan.

Dia dan pekerja kedai runcit memeriksa bunyi jeritan di tingkat dua sebuah flat namun pintu rumah itu berkunci lalu menghubungi polis meminta bantuan.

Hussein dilaporkan berkata, polis berjaya menyelamatkan wanita terbabit yang dipercayai dirantai oleh sepasang suami isteri rakyat tempatan di rumah terbabit.

Beliau dipetik berkata, mangsa dirantai di dalam bilik air oleh pasangan berkenaan kerana disyaki mencuri barang kemas.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori