Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

WHO Enggan Bincang Kemasukan...

GENEVA: Perhimpunan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini enggan berbincang mengenai isu...

Perisik Korea Utara Godam...

SEOUL – Misteri bagaimana rangkaian jalur lebar Korea Utara boleh tiba-tiba lumpuh separuh...

Bakar Diri Ketika Tunjuk...

Seoul - Seorang lelaki berusia 80-an membakar dirinya ketika menunjuk perasaan untuk mendesak...

JPM Anjur Makmal Bincang...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menganjurkan makmal pada Khamis ini...

Tiada Ahli Parlimen UMNO, BN Kosongkan Kerusi – Ahmad Zahid

LENGGONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada Ahli Parlimen daripada parti itu mahupun Barisan Nasional (BN) yang meletak jawatan di sebalik khabar angin wujud gerakan untuk menumbangkan kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurutnya, beliau sendiri telah menjalankan kaji selidik terhadap dakwaan tersebut.

“Ada pihak yang mahu gugat kerajaan. Saya dengar ada 13 orang (Ahli Parlimen) yang mahu letak jawatan, kemudian angka itu naik kepada 15.

“Saya kaji selidik tiap-tiap seorang Ahli Parlimen dan saya sahkan tiada seorang pun Ahli Parlimen BN dan UMNO (mahu) kosongkan kerusi kerana tindakan ini adalah bertentangn dengan Akta Lompat Parti.

“Saya nyatakan BN sangat komited untuk terus bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan terus mempertahankan kerajaan ini ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, walaupun khabar angin wujud gerakan untuk menumbangkan kerajaan Pusat, namun hakikatnya kerajaan yang ada sekarang adalah kukuh dengan mempunyai sokongan 148 Ahli Parlimen atau dengan majoriti dua pertiga.

Menurutnya, kerajaan yang ada sekarang adakah kerajaan yang paling kukuh kerana mempunyai majoriti dua pertiga sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU-11).


Katanya, selepas PRU-15, walaupun BN hanya mempunyai 30 kerusi Parlimen namun kombinasi dengan Pakatan Harapan (PH), kerajaan dapat dibentuk dengan majoriti 112 kerusi.

“Dengan kebijaksaaan Perdana Menteri, kita (kerajaan) berada dalam keadaan stabil dengan 148 kerusi.

“Perkara yang penting ialah memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan bukannya berpolitik. Kerana melayani perbezaan politik, kita (negara) bertukar Perdana Menteri tiga kali, akibatnya kita hilang kepercayaan pelabur asing.

“Dalam keadaan itu, Perdana Menteri telah usahakan (menarik) pelabur luar melabur dengan lawatan-lawatan ke luar negara dan hasilnya pertumbuhan ekonomi kini naik mendadak, ini semua untuk kepentingan rakyat,” katanya,

Ahmad Zahid berkata, jika ada pihak yang berkata pertukaran kerajaan adalah untuk kepentingan rakyat, negara akan ditertawakan oleh negara lain kerana Malaysia telah bertukar tiga Perdana Menteri.

“Jika kerajaan kukuh, UMNO akan usahakan Saarani (Mohamad), akan pastikan beliau kekal sebagai Menteri Besar kerana ini penting untuk kestabilan negeri Perak,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori