Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kediaman Bekas Perdana Menteri...

KUALA LUMPUR - Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di...

Jururawat Antara 3 Maut...

KOTA TINGGI - Seorang jururawat adalah antara tiga yang maut apabila kereta mereka bertembung...

PN Ugut Ismail Sabri?

Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan begitu jelas akan menumbangkan Kerajaan Keluarga Malaysia kononnya...

Larian Bendera Bukti UMNO...

TEMERLOH - Larian bendera yang dapat dijayakan hampir di seluruh negeri bersempena sambutan...

Tiada Keperluan Peguam Wadi Annuar Untuk Hadir -JAIPs

KANGAR : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menjelaskan bahawa tiada sebarang keperluan dua peguam kepada pendakwah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar untuk turut berada bersamanya sewaktu memberi keterangan, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarahnya, Najmuddin Abdul Karim berkata, proses bagi mengambil keterangan itu tidak dapat dijalankan berikutan Wadi Annuar dipercayai pulang selepas hadir ke pejabat JAIPs.

Katanya, proses mengambil keterangan itu bukannya merupakan perbicaraan mahkamah yang memerlukan kehadiran peguam kepada pendakwah bebas berkenaan.

“Kita (JAIPs) tidak dapat ambil keterangannya kerana dia (Wadi) menghilangkan diri dan dipercayai sudah pulang ke Kompleks Pendidikan MATIN.

“Memang JAIPs hendak ambil keterangan beliau, tetapi kita hanya mahukan beliau seorang sahaja yang berada di premis dan tiada keperluan untuk peguamnya hadir sekali kerana ini bukannya perbicaraan mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Wadi Annuar meluahkan kekecewaan apabila dua peguam yang mewakilinya dihalang masuk bersama ke dalam bilik temu duga sewaktu hadir bagi memberi keterangan di JAIPs pada pukul 10.30 pagi tadi.


Wadi Annuar berkata, selepas berlaku sedikit perdebatan, dia memilih untuk beredar dari bangunan JAIPs itu memandangkan pihak terlibat memberi alasan tidak munasabah dengan menghalang dua peguamnya untuk masuk sama ke dalam bilik berkenaan.

Dalam pada itu, Najmuddin berkata, JAIPs bukannya ingin melakukan soal siasat berhubung kes itu, namun hanya mahu merekodkan keterangan pendakwah berkenaan berhubung insiden tersebut sebelum ini.

“Peguam dia dibenarkan masuk pun atas budi bicara pegawai penyiasat kita, tetapi, kita lihat peguamnya tetap berkeras untuk berada bersama anak guamnya sehingga proses mengambil keterangan itu terganggu,” katanya.

Wadi Annuar sebelum ini diminta tampil memberi keterangan di JAIPs berhubung isu tauliah mengajar sewaktu menghadiri Program Solat Tarawih dan Sembang Santai di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kampung Abi, Padang Machang, pada 29 Mac lepas.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori