Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Radhi OAG ‘Hangus’ Setengah...

BAHANA dadah....bukan sahaja diri sendiri dan hubungan kekeluargaan terjejas, malah duit simpanan hasil...

Gerakan Sokong Sepenuhnya Kepimpinan...

KUALA LUMPUR - Gerakan menyokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Bila Seluar Dalam Dan...

Kisah ini berlaku di daerah Cirebon, Jawa Barat, Indonesia. Dua pelajar sekolah kantoi...

Kenapa The Red Devils...

LONDON – Manchester United (MU) akan berhadapan dengan Crystal Palace di Final Piala...

Uganda Lulus RUU Hukum Mati Pasangan Gay Amal Seks Ketika HIV Positif

KAMPALA : Parlimen Uganda meluluskan rang undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang membenarkan pelaksanaan hukuman mati bagi golongan lelaki yang didapati bersalah melakukan hubungan seks sejenis apabila menghidap jangkitan HIV positif.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebelum ini, rang undang-undang itu dikecam hebat oleh Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila pertama kali diterima pakai pada Mac lalu.

Lapor Daily Mail, rang undang-undang baharu itu menetapkan hukuman mati bagi kesalahan hubungan seks lelaki dengan lelaki (homoseksual) yang teruk.

Rang undang-undang itu juga menetapkan hukuman penjara 20 tahun kerana `menggalakkan homoseksual’.

Para aktivis berpandangan langkah itu secara praktikal melanggar sebarang advokasi yang menyokong hak LGBTQ.

Rang undang-undang itu kini diserahkan kepada Presiden Yoweri Museveni untuk ditandatangani, sama ada ia diluluskan sebagai undang-undang atau sebaliknya.


Museveni yang lantang menentang hak LGBTQ, memberi isyarat merancang untuk menandatangani rang undang-undang itu sebaik sahaja beberapa perubahan tertentu dilakukan.

Difahamkan, pemimpin itu menyokong pindaan rang undang-undang lama dengan langkah-langkah untuk `memulihkan’ golongan gay.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada rang undang-undang baharu ini memenuhi permintaannya.

Undang-undang itu dipinda untuk mengambil maklum bahawa ia mengenal pasti LGBTQ bukanlah satu jenayah.

Ia juga menyemak semula langkah yang mewajibkan orang ramai melaporkan kejadian aktiviti homoseksual, dengan hanya memerlukan pelaporan apabila kanak-kanak terlibat.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori