Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Bertelanjang Selamba Menari...

HOUSTON - Suatu pemandangan yang aneh berlaku semasa insiden melibatkan tiga buah trak...

Itali Tanpa Khidmat Chiellini...

ROME - Itali akan beraksi tanpa khidmat pertahanan tinggi lampai, Giorgio Chiellini pada...

81 Penjawat Awam Bersalah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 81 pegawai perkhidmatan awam didapati bersalah di bawah tindakan...

KJ Bangga Dengan Kontinjen...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada kontinjen...

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis negeri, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 63 tahun dihubungi suspek yang menyamar sebagai Datuk Pegelola Bijaya Istana Pahang.

Menurutnya, suspek itu membuat panggilan menawarkan anugerah kebesaran negeri Pahang dengan membawa gelaran Datuk Seri.

“Berdasarkan laporan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Pahang, mangsa mendapat panggilan telefon daripada suspek sekitar pertengahan Februari lalu.

“Melalui panggilan tersebut, suspek menyatakan mempunyai enam kuota anugerah kebesaran tersebut dan dengan itu mangsa dimaklumkan untuk membuat sumbangan untuk program-program istana.

“Mangsa berminat dengan tawaran yang dinyatakan dan turut mempelawa empat lagi kenalannya untuk turut serta mendapatkan gelaran tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Yahaya berkata, sehingga Mei lalu, suspek telah meminta mangsa melaksanakan beberapa sumbangan.

Jelasnya, sumbangan itu kononnya kepada pihak Istana Pahang yang telah menganjurkan pelbagai program.

“Mangsa melakukan kira-kira 32 transaksi kepada lima akaun bank berbeza sehingga keseluruhannya berjumlah RM571,000.

“Sumber kewangan yang disampaikan tersebut bukan sahaja daripada wang simpanan mangsa malah hasil dari kutipan wang sumbangan rakan-rakannya.

“Menyedari dirinya telah ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis dah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori