Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Sedia Beri...

KUALA TERENGGANU - Mohamad Sabu berkata, beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin Gerakan...

Hospital Banting Dilengkapi Peranti...

BANTING – Hospital Banting dipilih sebagai institusi perubatan kerajaan yang pertama dilengkapi sistem...

Bina Menara Guna 18,000...

CHENNAI – Guinness World Records telah mengiktiraf rekod baharu menara kek cawan paling...

“Toleh Saja Ke Belakang,...

SEJAK akhir-akhir ini laman sosial sering menyajikan kisah kurang enak yang agak membimbangkan ibu...

WHO Gesa Henti Tanaman Tembakau

GENEVA, Switzerland – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara-negara seluruh dunia agar menghentikan subsidi penanaman tembakau dan sebaliknya, membantu petani menanam tanaman makanan, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kenyataan itu dikeluarkan menjelang sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada Rabu ini. Ia dibuat ketika kira-kira lapan juta penduduk dunia mati akibat sebab-sebab berkaitan tembakau di samping krisis kelaparan yang terus merebak di seluruh dunia.

Menurut WHO, sebanyak 3.2 juta hektar tanah subur di 124 buah negara digunakan untuk menanam tembakau yang boleh membawa maut walaupun ia berada di lokasi yang didiami oleh ramai penduduk yang menghadapi masalah kelaparan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kerajaan di seluruh dunia berbelanja wang berjuta-juta untuk menyokong penanaman ladang tembakau.

Sebaliknya, sekiranya mereka memilih untuk menanam tanaman makanan, ia dapat membantu dunia mengutamakan kesihatan, memelihara ekosistem dan mengukuhkan keselamatan makanan untuk semua penduduk dunia.


Laporan terbaharu WHO bertajuk ‘Tanam tanaman makanan, bukan tembakau’ mendedahkan bahawa seramai 349 juta orang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan akut dengan kebanyakannya terdiri daripada kira-kira 30 negara Afrika.

“Penanaman tembakau telah meningkat sebanyak 15 peratus dalam dekad yang lalu di benua itu,” kata laporan tersebut sambil menambah, sembilan daripada 10 penanam tembakau terbesar di dunia adalah negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Bercakap kepada pemberita di Geneva pada Jumaat lalu, Pengarah Promosi Kesihatan WHO, Dr. Rudiger Krech menegaskan, fakta yang mengatakan tembakau penting dari segi ekonomi adalah mitos yang perlu dihapuskan dengan segera.

Beliau berkata, tanaman itu hanya menyumbang kurang satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) di kebanyakan negara penanam tembakau dengan keuntungannya disalurkan kepada pengeluar rokok utama dunia.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori