KUALA LUMPUR – Seramai 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama dari keluarga B40 akan dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif tersebut akan memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada semua universiti awam.
“Semoga dengan inisiatif ini, wakil pertama dari keluarga B40 yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) akan dapat mengikuti pengajian tinggi dengan selesa, tenang dan berprestasi tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Program Jom Masuk U 2023 di Universiti Malaya pada Ahad.
-Sinar Harian