Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Hebat Sangatkah Adnan? –...

Sesiapa yang mendokong kuat integriti, tidak akan melatah dan emosional terhadap pendedahan media....

‘SOP Pelitup Muka Berlandaskan...

PUTRAJAYA : Pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat khalayak ramai masih menjadi...

3 Sekeluarga Mati Kerana...

PESHAWAR - Seorang budak perempuan berusia 11 tahun mati lemas selepas terjatuh ke...

Sambut Aidiladha Dengan Pengisian...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

11 Ahli Sindiket Penipuan Dituduh Esok

Melaka : Sebelas ahli sindiket penipuan pinjaman tidak wujud yang diberkas polis awal bulan ini akan dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh, di sini, esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, kertas siasatan kes itu yang dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Melaka sudah dikembalikan dan mendapat arahan untuk mendakwa semua suspek berusia 18 hingga 22 tahun itu.

“Semua suspek sebelum ini ditahan di sebuah rumah di Taman Cheng Perdana, pagi 1 Jun lalu. Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.


Sebelum ini, media melaporkan kegiatan sindiket itu terbongkar susulan polis menerima aduan seorang remaja berusia 15 tahun mendakwa dipukul dan disamun sekumpulan lelaki disyaki terbabit kegiatan penipuan dalam talian.

Semakan mendapati 12 laporan dibuat mangsa terhadap kegiatan sindiket itu membabitkan dua kes di Kedah, Melaka, Selangor dan Terengganu dan satu kes di Perak dan Perlis.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori