Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Maut Terbabas Lepas Cuba...

BANDA HILIR - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terjatuh akibat dihimpit sebuah...

Modal Insan Cemerlang Kunci...

KUALA LUMPUR - Modal insan menjadi faktor paling penting bagi menempa kejayaan, jauh...

Penyelam Jumpa Pakaian Mangsa...

SEREMBAN - Sehelai pakaian dipercayai milik mangsa antara objek ditemui polis sepanjang tempoh...

Akta Khusus Tangani Gangguan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti untuk mewujudkan...

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas keracunan hidrokarbon (Spirit).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun berkenaan bagaimanapun dalam keadaan stabil dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pitas dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan HQE II.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, siasatan awal mendapati seorang pelajar telah membeli sebotol minuman bikarbonat dan dua botol ‘Spirit’ dari sebuah kedai runcit kira-kira pukul 1 tengah hari pada 6 Jun lalu.

Menurutnya, salah seorang pelajar kemudian dipercayai mencampurkan kedua-dua minuman itu sebelum campuran itu diminum secara beramai-ramai.

“Tiga pelajar mengalami sakit perut dan mengadu kurang sihat sebaik minum campuran itu sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada warden asrama.

“Semua pelajar berkenaan seterusnya dibawa ke Klinik Komuniti Pinggan-Pinggan bagi mendapatkan rawatan.

“Pelajar itu bagaimanapun diarahkan pulang dan diarah untuk datang semula ke klinik sekiranya gejala semakin teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Mengulas lanjut, Zairolnizal berkata, dua hari kemudian, tiga pelajar dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Pitas dengan dua daripadanya mengalami kekejangan otot serta tercungap-cungap selain bacaan GCS lemah dan dirawat melalui intubasi.

Jelasnya, kedua-dua mangsa kini dirujuk ke HQE dan HQE II serta sedang dirawat di Unit Kecemasan.

“Seramai 18 pelajar lain masih mendapat rawatan di Hospital Pitas masing-masing empat di zon kuning dan 14 di zon hijau manakala semua mangsa dalam keadaan stabil.

“Berdasarkan keterangan Pegawai Perubatan, pihak hospital pada mulanya mengesyaki gejala tersebut adalah mabuk metanol daripada mana-mana cecair arak.

“Sebaik mengesan botol ‘Spirit’ yang diberikan oleh mangsa, kes diklasifikasi sebagai keracunan hidrokarbon (Spirit) memandangkan ianya berasaskan Petroleum,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori