Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ferrari Sebenar ‘Wolf Of...

FILEM arahan Martin Scorsese pada tahun 2013 ''The Wolf Of Wall Street" adalah...

Wanita Maut Dalam Kemalangan...

MIRI - Seorang wanita berusia 26 tahun maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di...

Bantuan Benih Ikan Ringankan...

TEMERLOH - Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membekalkan satu juta benih...

SOP Solat Jumaat, Solat...

TAPAH - Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di...

201 Kontraktor Terpilih Laksana Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan

PUTRAJAYA : Sebanyak 201 syarikat kontraktor dari Gred 1 (G1) hingga Gred 4 (G4) dipilih untuk melaksanakan kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan bagi Zon Tengah dan Zon Timur membabitkan peruntukan sebanyak RM104.9 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn. Bhd., Datuk Wan Imran Wan Omar berkata, kesemua kontraktor yang dilantik itu dipilih secara cabutan undi bagi kerja-kerja penyenggaraan berkala pavemen dan bukan pavemen di Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan di bawah syarikat konsesi berkenaan.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 66 kontraktor G3 dan G4 dilantik bagi kerja berkala pavemen, sementara kerja berkala bukan pavemen melibatkan sebanyak 135 kontraktor G1 dan G2.

“Kontraktor yang dilantik adalah khusus kepada kontraktor kecil G1 hingga G4 yang berkelayakan dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sahaja.

“Selain daripada itu, kriteria penyenaraian kontraktor adalah mengikut had nilai kerja yang disenaraikan serta mempunyai prestasi yang baik,” katanya pada majlis kerja undi kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan Zon Tengah dan Zon Timur di sini hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, proses cabutan undi berkenaan dijalankan Jawatankuasa Cabutan Undi yang terdiri daripada pegawai syarikat konsesi serta wakil kerajaan.

Jelasnya, tender untuk kerja-kerja tersebut diiklankan melalui media sosial dengan pendaftaran dilakukan secara atas talian di laman web Roadcare.

“Kerja berkala pavemen adalah seperti mill and pave, cold in place recycling (CIPR), overlay dan reconstruction.

“Manakala kerja berkala bukan pavemen antaranya meliputi kerja mengecat semula garisan jalan, menyenggara dan membaik pulih papan tanda, membina roadkerb serta menyenggara dan menaik taraf longkang,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori