Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Rizab Antarabangsa BNM Susut...

KUALA LUMPUR - Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$103.4 bilion (US$1 = RM4.17) pada...

Tanpa Tangan & Kaki,...

DILAHIRKAN tanpa tangan dan kaki namun Tiyo Satrio yang berusia 11 tahun, belajar berdikari....

Polis Bongkar Makmal Proses...

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sebuah makmal haram yang digunakan untuk...

Mourinho Bantu Shaw Masuk...

PEMAIN bek kiri England, Luke Shaw percaya bahawa pengurus Manchester United, Jose Mourinho...

6 Peserta Ekspedisi Perpaduan Berlepas Ke London

SEPANG : Enam peserta Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66, London-Kuala Lumpur 2023, berlepas ke London hari ini bagi memulakan ekspedisi yang dijadualkan bermula Selasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ekspedisi yang dilakukan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, itu dijadual mengambil masa selama 66 hari dengan merentasi 66 bandar membabitkan 16 negara, sejauh hampir 22,000 kilometer (km).

Ia dilakukan bagi mengimbas kembali kenangan pada tahun 1957, apabila bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra membawa watikah pengisytiharan kemerdekaan Malaya dari London.

Ekspedisi itu dijangka tiba di Putrajaya pada pagi 31 Ogos ini dan seterusnya menyertai perarakan Hari Kemerdekaan yang ke-66.

Ia diadakan bagi mencapai misi bagi memupuk semangat perpaduan untuk memelihara kedaulatan negara, seterusnya memberi gambaran kepada dunia akan perpaduan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Misi itu adalah selaras bagi menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk yang berjaya, malah melalui ekspedisi ini ia bakal memperlihatkan kepada dunia akan jati diri dan keyakinan rakyat dalam mengharungi apa juga cabaran dan rintangan.

Kempen ekspedisi ini juga akan memperkenalkan destinasi pelancongan di Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2025 dan semangat serta konsep Malaysia Madani yang bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian.


Ia menjadi medan dialog peradaban serta usaha mengemudi dan mengangkat semula martabat serta kegemilangan negara di persada dunia.

Ketua Ekspedisi, Arep Kulal, berkata semua peserta sudah bersedia untuk memulakan ekspedisi ini dan berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik.

Beliau berkata, semua peserta juga sudah menjalani ujian kesihatan pada minggu lalu dan mereka berada dalam keadaan yang baik.

“Saya yakin semua mereka benar-benar bersedia dan kita berharap berjaya menamatkan ekspedisi ini,” katanya ketika ditemui di balai berlepas Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Quantum Metal Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66, London – Kuala Lumpur 2023 dianjurkan oleh Global Bike Explorer Sdn Bhd dengan kerjasama Malaysian Sports Media Association (MASMA).

Quantum Metal Sdn Bhd adalah penaja utama dan GB13, KMF Network, Buliion Suceess Group dengan Tourism Malaysia sebagai penaja bersama.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori