Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

ATM Rampas Ketum Seberat...

KUALA NERANG - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pasukan Batalion Ke-2 Rejimen Renjer...

Harga RON95, RON97 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun enam sen seliter,...

Syarikat Malaysia Enggan Melabur...

KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia masih enggan membuat pelaburan dalam dalam digitalisasi, walaupun...

Peniaga Pasar Chow Kit...

PETALING JAYA - Peniaga di Pasar Transit Jalan Raja Bot mungkin boleh menarik...

Arab Saudi Umum Pelan Operasi Haji Terbesar Dalam Sejarah

MEKAH : Pihak berkuasa agama Arab Saudi mendedahkan pelan operasi organisasi musim haji tahun ini yang disifatkan terbesar dalam sejarah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor Arab News, seramai 14,000 kakitangan bersama beribu-ribu sukarelawan akan ditempatkan di Masjidilharam dan Masjid Nabawi untuk mengendalikan jutaan jemaah yang menunaikan ibadah haji tahun ini.

Ketua Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Dr. Abdulrahman Al-Sudais berkata, pelan tersebut bertepatan dengan matlamat strategik 2024 agensi kerajaan itu berdasarkan Wawasan 2030 yang ditetapkan sebelum ini.

“Kami berbesar hati mengumumkan rancangan operasi untuk musim haji ini yang dianggap terbesar dalam sejarah presidensi dan agensi bagi hal ehwal Masjid Nabawi. Kini, pandemik Covid-19 sudah berakhir dan berjuta-juta jemaah dijangka tiba.

“Pelan operasi akan dijalankan mengikut sistem perkhidmatan bersepadu yang ditetapkan oleh pemimpin kami,” tambahnya.

Menurut Abdulrahman, rancangan rapi yang disusun berdasarkan pengalaman musim-musim haji sebelum ini sudah dirangka sejak setahun lalu.


Sebanyak 8,000 peluang menjadi sukarelawan disediakan dan lebih 300,000 naskhah al-Quran akan diedarkan antara Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Lebih 35,000 jam bengkel pengajaran tilawah dan hafazan al-Quran bakal dijalankan bersama dengan siaran ilmiah dan orientasi sepanjang masa dalam 10 bahasa.

Perancangan turut dibuat untuk menyediakan perkhidmatan terjemahan, bimbingan dan jawapan kepada soalan jemaah haji dalam 51 bahasa.

Jelas Abdulrahman, pihaknya menyasarkan untuk mengagihkan sejumlah 40 juta liter air zamzam di Dua Masjid Suci melalui lebih 30,000 lokasi pengedaran dengan anggaran dua juta botol setiap hari.

Selain itu, teknologi digital, aplikasi dan robot akan turut digunakan bagi membantu memudahkan urusan ibadah haji kepada setiap jemaah.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori