Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Majlis Rumah Terbuka Bukti...

KOTA KINABALU - Penganjuran majlis rumah terbuka sesuatu perayaan membuktikan perpaduan dalam kalangan...

Wanita Direman Bantu Siasatan...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung tulisan...

Panggil Bomba Turunkan Mayat...

EKORAN gagal membawa keluar mayat wanita sebarat 200 kilogram menggunakan tangga, sepasukan bomba...

LCS – PH Beku...

Nampaknya ramai yang mahu saya ulaskan tentang isu kelewatan projek kapal LCS.Ikuti Mynewshub: TelegramBaiklah....

Autisme Tidak Halang Aziq Raih 8A Dalam SPM

KUANTAN: Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), Muhammad Aziq Asri, membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang mencapai kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin, di sini yang juga yang berdepan masalah autisme, membanggakan ibu bapa, Asri Mohd Din, 54 dan Marlia Thaalmudin, 48, dengan pencapaian 8A 1B.

“Saya gembira kerana pada percubaan SPM, saya hanya memperoleh 6A 2B 1C. Sokongan cikgu dan rakan-rakan di sekolah, banyak membantu.

“Sebenarnya saya hanya fokus di dalam kelas dan jika tidak faham, saya akan bertanyakan kepada cikgu.

“Kelas tuisyen juga hanya di sekolah dan lebih banyak membuat latihan di rumah bermula petang hingga malam,” kata anak bongsu daripada dua beradik.

Muhammad Aziq berkata demikian ketika ditemui pada majlis keputusan SPM 2022 Pahang di SMK Bukit Rangin, di sini, hari ini.

Muhammad Aziq antara tiga calon CBPK SPM yang cemerlang, selain Harith Zakwan Hazlan dari SMK Mengkarak, Bera yang memperoleh 8A dan Muhammad Mukhriz Mustafa dari SMK Karak Setia, Bentong (8A).


Berbekalkan keputusannya itu, dia bercadang menyambung pelajar ke Tingkatan Enam demi memenuhi cita-cita menjadi ahli sejarah.

“Sebenarnya saya amat meminati sejarah berkaitan peperangan seperti perang dunia kedua,” katanya.

Sementara itu, Marlia tidak menjangkakan anak lelakinya itu memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

“Saya tidak sangka kerana pada usia lima tahun, Aziq disahkan autisme kerana ketika itu kami dapati dia tidak boleh bercakap.

“Namun, saya bersyukur kerana Aziq mampu untuk belajar dan memperoleh keputusan baik dalam pelajaran bersama rakannya di sekolah rendah dan menengah.

“Sebab itu saya tidak hantar ke sekolah pendidikan khas kerana dia boleh mengikut pembelajaran di sekolah harian,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori