Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Gas Bocor, Lelaki Indonesia...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga Indonesia cedera parah selepas disambar api akibat...

Bayar Gaji Terus Ke...

KUALA LUMPUR - Bayaran gaji kepada pembantu rumah asing pada masa depan tidak...

Sabri Kesal Watak ‘Pok...

KOTA BHARU - Pengarah, pelakon, pelawak dan pengacara, Mohd. Sabri Yunus kesal watak...

Model Pakaian Dalam Dipecat...

Seorang pembantu tenaga pengajar telah dipecat selepas gambarnya yang menjadi model pakaian dalam...

Bahan Kimia Bocor Di Makmal Kesihatan Awam

PETALING JAYA : Kebocoran beberapa bahan kimia dikesan di sebuah makmal kesihatan awam di Sungai Buloh dekat sini petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.48 petang dan sebuah jentera di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh ke lokasi kejadian

Katanya, seramai 19 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba, pihak bomba mendapati terdapat kebocoran air dari siling makmal dan terkena tempat penyimpanan bahan-bahan kimia.


“Pasukan Hazmat dari BBP Shah Alam telah digerakkan ke lokasi bagi membersihkan bahan-bahan kimia tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, bomba memastikan keadaan selamat sebelum diserahkan kembali kepada pihak berkenaan.

“Tiada sebarang mangsa terlibat,” ujarnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori