Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hudud: Kelantan Kena Hantar...

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan perlu menghantar semula notis untuk membentangkan Rang...

Kerajaan Pertimbang Kecuali Cukai...

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mempertimbang cadangan pengurangan atau pengecualian cukai industri agromakanan.Ikuti...

Waytha Kecewa Penampilan Rakan...

KUALA LUMPUR - Senator P. Waytha Moorthy yang baru dilantik sebagai Menteri di...

Doktor Minta Kurangkan Lawatan...

KOTA BHARU - Doktor yang merawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz...

Bekas Pemain Kebangsaan Ditahan Ceroboh Bilik Hotel

PETALING JAYA – Bekas pemain bola sepak negara ditahan reman semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis susulan tindakannya menceroboh sebuah bilik hotel yang diinap oleh seorang wanita tempatan sekitar Kelana Jaya, pada petang Rabu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bekas pemain Harimau Malaya berkenaan difahamkan menceroboh masuk bilik hotel tersebut kira-kira pukul 6.10 petang.

Katanya, laporan dibuat oleh pengadu iaitu wanita berusia 35 tahun pukul 2.10 pagi pada Khamis.

“Mangsa menyatakan bilik hotelnya telah diceroboh oleh lelaki tersebut yang berusia 49 tahun berikutan perselisihan faham yang berlaku antara pengadu dan suspek berkenaan.


“Suspek meninggalkan bilik hotel setelah mangsa mendapatkan bantuan daripada pekerja hotel,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, hasil maklumat dan risikan dijalankan pihaknya telah berjaya menahan suspek di Jalan Penchala, Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Suspek juga telah direman di Mahkamah Petaling Jaya bermula semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis manakala kes telah disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori