Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Rakam Aksi Wanita...

Rusia – Sekumpulan anggota polis bakal berdepan tindakan buang kerja selepas video yang...

Kronologi Pesawat Hawk Terhempas

*31 Mei 2006 - Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang...

TN50 Bukan Mustahil –...

DUNGUN - Transformasi Nasional 2050 (TN50) bukan sesuatu yang mustahil jika generasi muda...

Adenan Mahu Calon Terus...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu calon-calon terus Barisan...

Bekas Tentera Didenda RM20,000 Tembak Mati Kucing

MELAKA – Seorang bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, kerana menembak kucing jirannya hingga mati menggunakan senapang angin pada Jun tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Aziz Tambi, 63, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing milik Amran Majid, 45, dengan cara menembak kucing tersebut menggunakan selaras senapang angin.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Lorong Mat Lajis, Bukit Rambai di sini, lebih kurang jam 2.30 petang pada 18 Jun tahun lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Alif Asraf Anuar Sharuddin memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tindakan tertuduh berlandaskan emosi dan menyalahi undang-undang.


Tertuduh diwakili peguam Mohd Ishak Kari memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh merupakan warga emas dan pernah berkhidmat kepada negara dalam bidang ketenteraan selain dianugerahkan pingat penghargaan.

Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh didenda dengan jumlah itu dan dipenjara enam sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Sinar Harian pada 21 Jun lalu melaporkan seorang warga emas dan anaknya ditahan polis selepas disyaki menembak mati seekor kucing milik jiran yang memasuki rumah mereka menggunakan selaras senapang angin.

Kejadian dipercayai berlaku selepas kucing bernama Molly masuk ke rumah suspek.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, suspek masing-masing berusia 62 dan 27 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada jiran mereka berusia 44 tahun yang merupakan pemilik kucing terbabit.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori