Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TNB Jelas Notis ‘Maklum...

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan notis ‘Maklum Balas Rumah Berkunci’...

Kanada Enggan Ambil Balik...

TORONTO - Kanada menegaskan ia tidak merancang untuk mengambil balik sisa sampah plastik...

Jepun Lancar Telefon Pintar...

SEMEMANGNYA terkenal dengan penciptaan serta rekaan teknologi hebat, Jepun kini telah melancarkan satu...

Lebih 45,000 Terima Bantuan...

ALOR SETAR - Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 seorang yang diumumkan Menteri Kewangan...

Belum Terlewat Ubah Keputusan Dasar Penjawat Awam Selangor

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor dikatakan masih belum terlewat untuk melaksanakan semula dasar pelantikan penjawat awam kontrak yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun kepada status tetap.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dasar tersebut adalah selaras dengan saranan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang dinyatakan pada 2016.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, Cuepacs menyambut baik jaminan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bagi menyemak semula keputusan membatalkan dasar pelantikan tetap yang dibuat baru-baru ini.

“Cuepacs yakin kerajaan negeri amat prihatin mengenai kebajikan penjawat awam dan sentiasa menghargai setiap jasa serta pengorbanan yang dicurahkan mereka selama ini.

“Kami bersedia mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan amat yakin bahawa kepimpinan Menteri Besar Selangor bijak dalam mengendalikan situasi yang berlaku ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau menggesa kerajaan negeri menimbang semula keputusan untuk membatalkan Dasar Pelantikan Tetap Penjawat Awam Bertaraf Kontrak apabila menyifatkan tindakan tersebut disifatkan sebagai terburu-buru dan tidak cermat.


Bagaimanapun, Adnan yakin Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor akan membincangkan perkara tersebut.

Oleh demikian, beliau sekali lagi menegaskan keputusan membatalkan pelaksanaan dasar tersebut tidak akan membawa kebaikan kepada kakitangan awam negeri ini.

“Setiap pekerjaan sentiasa mahukan pembangunan dalam kerjaya masing-masing dan begitu juga dengan penjawat awam yang berkhidmat di agensi serta jabatan di bawah kerajaan negeri.

“Suatu perkara yang amat mendukacitakan jika aspek pembangunan kerjaya dicantas begitu sahaja tanpa memaklumkan sebab yang munasabah. Seluruh penjawat awam di Selangor mengharapkan berita yang gembira daripada kepimpinan kerajaan negeri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, setiap pekerja sentiasa mahukan pembangunan dalam kerjaya masing-masing dan begitu juga dengan penjawat awam yang berkhidmat di agensi serta jabatan di bawah kerajaan negeri.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori